Lempeng Labu Kacang Pecan


Dari Abg Brian

Bahan-Bahan
  • 150 gram tepung gandum
  • 20 gram kacang pecan (dicincang)
  • 50 gram gula perang lembut
  • 2st baking powder
  • 1/2st serbuk kayu manis
  • 1 biji telur
  • 300ml buttermilk (separa kukus)
  • 190gram (labu disiang, direbus dan dilecek)
  • 1st esen vanila
  • sirap maple secukupnya
Cara Penyediaan Lempeng Labu

1.Satukan tepung, kacang pecan, gula perang, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan garam.

2.Dalam mangkuk yang besar, satukan telur, buttermilk, labu dan esen vanila. Pukulkan.

3 Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah, teruskan pukul dan gaul.

4 Panaskan pan, dan sapukan sedikit minyak, Apabila panas, sendukkan adunan ke dalam pan selebar 8 hingga 10 cm dengan ketebalan 3-4 inchi.

5. Masak dalam 2 hingga 3 minit sehingga kelihatan berbuih dan terbalikkan, Masak lagi selama 2 minit.

6. Apabila siap hidangkan dengan sirap maple.